Berita !


Dipetik daripada blog Maxoil Club 66

Rampasan Minyak Tiruan

Bt 17, Jalan Rawang,Selangor
5 Feb 2010

Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada 
asalnya, serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya 
menemui yang lebih besar.

Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan 
dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan 
di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan 
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk 
kepastian.

Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat 
minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam 
kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan.

Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan barangan 
yang dirampas.

Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan 
apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili 
sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.

Lelaki itu -"U siapa?"

Saya - "Kenapa? Ada apa masalah?" 

Lalu saya menunjukkan tag nama saya.

Lelaki itu - "U tidak boleh ambil gambar. Company 
kita tak benarkan."

Saya sebenarnya dah mengagak kejadian begini akan 
berlaku kerana telah banyak kali mengalaminya.

Lelaki itu - " Tolong jangan ambil gambar. Ini policy 
kami, kami tidak mahu customer lari, sales kami jatuh 
sebab u kasi keluar ini kes."

Saya - "Maaf, saya tak boleh ikut kata u, sebab ini 
hal pengguna. Masalah customer lari, bukan masalah 
saya, saya mewakili pengguna. U ingat saya tak kena 
marah dengan orangramai, sebab buat berita, tapi tak 
mau tunjuk apa barangnya. Lebih baik saya balik?"

Lelaki itu kemudian membuat beberapa panggilan telefon, 
tak taulah apa yang diadukannya.

Lelaki itu - " Kita boleh kautim. U ambik gambar, 
tapi ini produk u kasi tutup nama. Berapa, 500 
bole(RM)?

Saya - " Sori, u mau bayar saya satu juta pun, saya 
tak mau."

KPDNKK -" Macam inilah.U jangan ganggu dia ok? 
Apa-apa hal, u cakap dengan kita punya bos. 
Timbalan Pengarah on the way. Dia buat dia punya 
kerja, u buat u punya kerja. Ini hal pengguna,
kena tipu. 

Sebenarnya, saya dah terfikir untuk SMS rakan 
di SPRM untuk buat sesuatu, tapi hold dulu, kerana 
mungkin dia bergurau mengenai tawaran itu. 
Tapi jika dia cuba ulangi lagi, rasanya dah lain 
jadinya berita ini...

Kilang haram ini dipercayai telah beroperasi kira-kira 
setahun lalu.

Pekerjanya hanya seorang - lelaki yang ditangkap polis 
bersabit kes nakortik.

Dialah yang membuka, mengunci kilang, mengisi, mengepam, membungkus minyak, melekat label.

Itu dakwaan dia, yang menurutnya, tauke hanya datang 
sekali-sekala memberikan arahan.

Beribu-ribu liter minyak pelincir pelbagai kelikatan yang 
diisi di dalam berbagai tong dan tangki ditemui.

Tidak cukup di dalam, minyak juga ada di luar bangunan, 
dan ada pula 2 stor menyimpan barangan seperti botol.

Tuirut ditemui beribu-ribu botol kosong, kotak, penutup botol,pelekat/label pelbagai jenama minyak pelincir, dari 
yang murah sehinggalah yang berharga ratusan ringgit sebotol.

Dan ianya kemudian diisi mengikut formula yang telah 
ditetapkan ke dalam botol-botol pelbagai jenama minyak 
pelincir di negara ini.

Ada minyak pelincir, minyak brek, minyak gearbox dan macam-macam minyak lagi termasuk yang dikeluarkan Proton.

Tiada apa bezanya pembungkusan/botol dengan yang asli 
- semuanya sama (hampir sama?), kecuali yang 
membezakannya ialah mungkin kelikatan/warna minyak di 
dalam botol itu.

Dan ianya hanya mungkin diketahui tiruan setelah pengguna menggunakannya, di mana mungkin cepat mengalami
kerosakan pada enjin atau enjin tidak berkuasa seperti 
yang didakwa pengeluar.

Menurut Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, 
Zakaria Tamby Chik, siasatan awal pihaknya mendapati 
minyak ini diedarkan ke seluruh negara.

Beribu-ribu bengkel seluruh negara dipercayai menggunakan 
minyak ini kerana harganya yang murah dari harga sebenar.

Rampasan ini bernilai kira-kira setengah juta ringgit.

Kelemahan pihak pengeluar asal ialah, mereka mungkin 
tiada ciri keselamatan atau seperti hologram untuk 
mengelakkan pengguna tertipu membelinya.

Itulah sebabnya mungkin arahan diberikan kepada pihak 
guaman supaya media tidak dibenarkan menyiarkan apakah 
produk yang ditiru.

Jadi, jika anda menghantar kereta anda untuk diservis 
ke bengkel, sebaiknya anda beli sendiri minyak yang 
dijual di stesyen minyak kemudian baru beri pada 
mekanik.

Tidak dinafikan, memang ada bengkel tidak 
mengetahui minyak yang dijual kepada pelanggan 
adalah tiruan, tetapi kebanyakannya MEMANG 
mengetahui ia adalah tiruan...

Jadi, adakah benar, saya melakukan kesalahan
 menyiarkan entry/berita sebegini semata-mata 
sebagai peringatan kepada kita semua?

Dan juga, mungkin anda telah mendapat sedikit 
gambaran bagaimana wartawan juga menghadapi 
risiko untuk disaman jika menyiarkan sesuatu tanpa 
asas yang kukuh


Credit to : www.odscene.com

Rangkaian